personal grooming & make-up class 2011




Seperti tahun lepas, tahun ini Petite Touch akan menganjurkan kelas Personal grooming dan makeup. Bagi yang berminat untuk menyertai kelas Petite Touch, berikut adalah serba sedikit info berkenaan kelas tersebut.

Tarikh :
Lokasi : Pusat tusyen Shah Alam.
Kapasiti: maksimum 10 orang

Yuran penyertaan : RM150

Peserta akan mendapat:

~ sijil penyertaan

~ makan tengah hari

~ goodies bag berupa facial care dan makeup tools

~ Basic makeup brush sets

~ Nota personal grooming dan makeup yang lengkap

~ Diskaun 15% untuk service makeup berikutnya


kelas akan terbahagi kepada 2 sesi.

Sesi 1 (9.30am - 12.30pm) - personal grooming

Sesi tatarias diri ini berbentuk ceramah dan praktikal. Anda akan mempelajari untuk memahami bentuk badan dan bentuk muka anda, dan kemudian gaya serta penampilan yang sesuai dengan bentuk badan anda.

Anda juga akan didedahkan dengan psikologi warna dan corak dalam pemilihan fabrik serta pakaian anda. Warna dan corak apa kah yang sesuai dengan anda sebenarnya? Adakah anda sesuai memakai corak bunga-bunga, atau anda perlu kekal dengan warna-warna pastel? Sertai kelas petitetouch untuk menetahuinya....

Selain itu, anda juga akan didedahkan dengan gaya-gaya tudung dan lilitan shawl terkini. Anda juga akan mempelajari kaedah untuk berpakaian menepati acara. Ingat, bling-bling melampau tak sesuai untuk dipakai ke pejabat... tapi tanpa seurat perhiasan pula akan membuat anda kelihatan boring! Jadi, bagaimana caranya untuk menyeimbangkan pakaian dan 'accessories' anda? Semua ini akan dapat anda pelajari di kelas grooming petite touch.


Lunch Hour (12.30 - 2.00pm)


Sesi 2 (2.00pm - 6.00pm) - personal makeup

Sesi petang adalah tertumpu kepada personal makeup. Anda akan diperkenalkan dengan makeup dan 'tools' yang digunakan untuk menghasilkan makeup yang cantik. Selain itu anda akan diajar untuk mengenal jenis kulit dan tona kulit anda.

Setelah anda diperkenalkan dengn makeup dan kulit muka, anda akan didedahkan dengan jenis-jenis makeup serta demonstrasi makeup oleh instructor. Anda akan mempelajari 2 jenis makeup; makeup siang/ ke pejabat/ natural fresh makeup dan makeup dramatic/ makeup malam.

Selesai demonstrasi, peserta akan mencuba mengaplikasi makeup ke muka masing-masing, sambil di perhati oleh instructor. Teknik anda akan di perbetul dan tak perlu takut anda tersalah, kerana instructor sentiasa ada untuk membantu anda. Anda juga tak perlu bimbang sekiranya barangan makeup anda tidak lengkap, ini kerana kami akan menyediakan barang makeup untuk sesi hands-on ini. Tetapi adalah lebih baik jika anda boleh membawa makeup anda sendiri, kerana inilah masanya untuk anda belajar cara menggunakan makeup tersebut.. Iya kan?

Sebelum sesi terakhir, iaitu sesi bergambar dan berposing, anda akan didedahkan dengan satu lagi topik yang penting, iaitu keseimbangan dalam solekan dan pakaian. Di sini anda akan diajar untuk bersederhana (less is more) untuk kelihatan fabulous dan gorgeous. Apa yang penting adlah pemilihan pakaian dan makeup yang tepat.


Selepas sesi bergambar, kami akan mengadakan acara pemberian sijil dan kelas akan diakhiri dengan minum petang.


Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda tidak akan rugi menyertai kelas ini. Instructor adalah professional makeup artist yang berpengalaman. Dibantu pula oleh model muslimah serta finalist covergirl Nur. Sudah pasti banyak yang anda dapat pelajari dari barisan tenaga pengajar ini. Hanya tanyakan sesuatu berkaitan style dan makeup, kami pasti akan berusaha membantu anda nanti =)


Untuk pertanyaan lebih lanjut, sms 017-2776393 (hida)

email ke anggunje@gmail.com atau petitetouch@gmail.com untuk booking kerusi anda. Deposit diperlukan untuk reservation.


Terima kasih, dan jumpa anda nanti~!


gambar-gambar dibawah adalah sebahagian dari kelas-kelas pada 2010.


Hi ladies~!

Happy 2011 to all of you!

Sebagai permulaan tahun 2011 ini, PetiteTouch telah pon melakukan beberapa perubahan serta naiktaraf terhadap website dan syarikat kami. Seperti yang anda semua perasan;


1. Petitetouch kini tidak lagi beralamat blogspot.com tetapi adalah www.petitetouch.com

2. Website PetiteTouch kini bertajuk "Petite Touch Beauty" berbanding dahulu "makeup touch by petite"

3. Dan, seperti yang anda semua dapat lihat. template untuk website kami juga telah di ubah selaras dengan naik taraf ini.


Selain itu, untuk pengetahuan anda sekalian, Petite Touch Beauty adalah syarikat yang berdaftar di bawah SSM dengan nombor pendaftaran SA0177301-H, yang mana kami menyediakan khidmat solekan dan tatarias untuk pengantin, backstage, runway show, dinner, special event, dan photoshoot. Kami juga menyediakan kelas dan kursus solekan dan tatarias kepada badan-badan korporat, swasta, kumpulan persendirian serta personal coaching kepada individu yang berminat. Khidmat rundingan (consultancy) berkaitan solekan, personal grooming serta tatarias juga ada di sediakan untuk yang berminat.


Untuk yang belum mengetahui, Petite Touch mempunyai fan Page kami sendiri di Facebook. Anda boleh like fan page kami dengan 'click' banner facebook kami yang terdapat di sebelah kanan bawah page ini.


Melalui fan page ini, anda akan sentiasa mendapat info terkini dan jadual Petite Touch sepanjang minggu, termasuklah aktiviti-aktiviti makeup yang Petite Touch sertai. Selain itu, anda akan mendapat rebat sehingga 15% untuk service makeup kami sekiranya anda 'like' dan promote fan page kami di blog, twitter atau facebook.


Sekian dulu dari saya. Akhir kata terima kasih atas sokongan anda selama ini. Kerana anda semualah Petite Touch berada di tahap ini dan masih bertahan.


Terima kasih, dan Selamat maju jaya



Hida
(make-up artist/ owner)

Kak Rubiah's reception



The reception took place on the next day, 11/12/10

(habis idea nak membebel. just enjoy my artwork ya)

and, BTW, Kak Rubiah's before makeup picture was already on the previous entry (kak rubiah's solemnization)