KEMBALI

Petite Touch Beauty telah berhenti berehat selama 2 tahun. Lama tu. Macam-macam perkara terjadi dan macam-macam perubahan berlaku dalam hidup Petite Touch Beauty.

Harini ini saya nak umumkan bahawa Petite Touch Beauty kini kembali!!! CUMA, haaa ada cuma nya nok~ hahaha ada beberapa condition yang terpaksa di ambil kira. Maksudnya, Petite Touch Beauty kini dah mula kembali beroperasi dan menerima tempahan mekap, TAPI TERHAD. Terhad kepada apa? haaaa tengok list di bawah:


1. Tempahan mekap hanya untuk lokasi sekitar MELAKA sahaja. Diulangi, HANYA DALAM KAWASAN MELAKA SAHAJA

2. Mekap weekdays (siang sahaja) di utamakan. Malam boleh diconsider. Tidak ada halangan

3. Mekap weekends (SABTU dan/ atau AHAD), adalah pada ALTERNATE WEEKEND sahaja. Maksudnya, minggu ni free, minggu depan tak free, begitu lah seterusnya. Tarikh yang free akan di nyatakan kelak.


KENAPA?

Ada sebabnya kenapa saya kena buat macam ni. Pertama, sebab saya sekarang dah duduk Melaka. Jadi sebab itulah tak dapat la nak buat mekap kat Shah Alam dan Selangor. Hanya kawasan Melaka sahaja. Kedua, sebab saya sekarang sambung belajar part time. Jadi kelasnya adalah pada weekend (ahad) every alternate Sunday. Hari ada kelas, saya akan naik Shah Alam (saya belajar di UiTM Shah Alam). Jadi biasanya hari Sabtu saya dah gerak naik Shah Alam dah. Sebab tu saya tak boleh ambil job mekap pada certain-certain weekends.

Itu sahaja. Soo sorry bagi customer-customer lama Petite Touch yang tak putus bagi sokongan. Masa saya stop mekap dulu pon still email dan whatsap tanya nak mekap. Bukan saya taknak ambil, tapi kekangan perkara lain. Dan soo sorry jugak sebab tak dapat dah nak buat mekap kat area Shah Alam lagi. Saya terpaksa pindah Melaka. Jadi dengan Petite Touch pun kena laa pindah Melaka.

Apa pun, jangan boring dengan saya ye~~~

hhehe~

RATE harga dan AVAILABILITY DATE akan saya update kemudian.

see ya!


No comments:

Post a Comment